Kelas Digital E kelas

9 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

8 Ogos 2020 – Sempena dengan pembukaan Portal Baharu eKelas pada 15 Julai 2020 yang lalu, PI Sg Lui telah mengadakan satu kelas untuk memberi taklimat pengenalan kepada pelajar tentang pembaharuan yang terdapat di dalam portal. Kelas berlansung selama 1 jam bermula dari pukul 10 pagi hingga 11 pagi dan dihadiri oleh seramai 1 orang pelajar.

Pelajar juga dibimbing untuk membuat pendaftaran semula menggunakan akaun gmail yang digunakan di sekolah. Bagi pelajar yang tidak menggunakan akaun gmail di sekolah, mereka diajar cara-cara mendaftar akaun gmail yang baru.

Selepas peserta mempunyai akaun gmail masing-masing, peserta dibimbing pula cara membuat pendaftaran semula di dalam portal, cara menukar tetapan dan mengisi maklumat diri di dalam profile.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali